fbpx

MotoGP: Berpisah, tapi selalu bersama – Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ meninggalkan Repsol Honda selepas 11 tahun bersama pasukan itu mengecapi pelbagai kejayaan dalam saingan MotoGP. - AFP

LONDON – Keputusan mengejutkan dibuat Marc Marquez menamatkan kerjasama dengan Honda selepas 11 tahun bukan dibuat dalam tempoh satu malam apabila pelumba Sepanyol itu mengakui keinginannya menjadi pelumba terbaik dunia semula.

Marquez sebelum dilihat tertekan apabila segala usaha dan kerja kerasnya untuk mendapatkan tunggangan terbaiknya menemui jalan buntu apabila bergelut kembali ke podium bersama pasukan tersebut.

Lebih memeritkan, Marquez terpaksa menukar gaya tunggangannya dengan lebih agresif untuk menjinakkan jentera Jepun itu, namun malangnya ia berakhir dengan beberapa insiden kemalangan yang mengakibatkannya mengalami kecederaan.

Kali terakhir Marquez melakar kemenangan bersama Honda pada 2021 di Misano, sebelum dia dihimpit kecederaan dan turut menghidap diplopia (masalah melihat imej menjadi berganda).

“Terima kasih untuk perjalanan hebat ini. 11 tahun bersama, kami berkongsi detik-detik yang tidak dapat dilupakan dengan merangkul enam gelaran dunia MotoGP, 59 kemenangan Grand Prix, 101 podium dan 64 kali petak utama.

“Kerja keras, keazaman dan ikatan yang telah kami bina selama ini. Ketawa, air mata, kegembiraan, saat-saat sukar, tetapi paling utama adalah hubungan yang baik yang tidak dapat diulang. Berpisah, tetapi selalu bersama.

“Saya ingin berkongsi dengan anda mesej ini yang saya hantar kepada ahli pasukan saya. Saya tidak tahu sama ada apa yang saya buat ini betul atau salah. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

“Saya tidak tahu sama ada semua ini akan berjalan dengan baik. Tetapi, apa yang saya tahu kami telah mencapai kejayaan bersama-sama.

“Ia adalah keputusan paling sukar dalam hidup saya, dibimbing oleh tekad dan keberanian, bukan oleh hati. Hati saya akan sentiasa bersama pasukan.

“Tetapi, saya ada sesuatu yang jelas. Saya mahu cuba menjadi pelumba terbaik di dunia sekali lagi dan untuk itu saya perlu menikmatinya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI