fbpx

Pengawal keselamatan terlepas tembakan di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehadiran anggota polis di pekarangan pusat beli-belah di Sungai Petani dipercayai bagi menyiasat kes tembakan pada pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang pengawal keselamatan terlepas tembakan ketika mengendalikan senjata api jenis ‘pump gun’ di hadapan sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah, di sini hari ini.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 9 pagi tadi semasa pengawal keselamatan itu sedang mengawasi beberapa pekerja wanita membuka pintu premis di situ untuk memulakan perniagaan.

Difahamkan, tembakan tersebut hanya menyebabkan bahagian lantai premis mengalami kerosakan dan tidak melibatkan sebarang kecederaan.

“Mujurlah ketika itu tiada orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, gambar beberapa kereta peronda polis berada di lokasi kejadian dipercayai untuk melakukan siasatan viral di media sosial. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI