fbpx
GAMBAR fail 22 April 2025 menunjukkan pemandangan bandar Tacloban di wilayah Leyte. – AFP

3 maut tembakan di sekolah, polis berkas 2 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam serangan senjata api di sebuah sekolah di tengah Filipina hari ini, kata polis.

Polis masih belum mengenal pasti motif kejadian. Insiden itu berlaku sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) di Sekolah Menengah Kebangsaan San Jose, Bandar Tacloban dalam  wilayah Leyte.

“Mangsa segera dibawa ke hospital  berdekatan untuk rawatan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Penyiar kerajaan PTV melaporkan, dua pelajar telah ditangkap, dengan seorang ditahan di tempat kejadian.

“Polis Nasional Filipina telah menangkap suspek. Mereka bertindak pantas,” kata jurucakap presiden, Claire Castro kepada pemberita.

Walaupun kejadian tembakan sekolah jarang berlaku di Filipina, keganasan senjata api tidak asing dalam pertelingkahan  politik tempatan.

Pada 2022,  tiga  termasuk seorang bekas datuk bandar terbunuh dalam kejadian tembakan sebelum majlis graduasi di Universiti Ateneo de Manila di ibu negara Filipina.

Ia kemudian dikenal pasti sebagai pembunuhan didorong oleh ‘motif peribadi’.

Pemilikan senjata api secara sah dikawal ketat di Filipina tetapi pasaran gelap yang besar wujud untuk senjata api. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN