fbpx

Diskaun PTPTN tertakluk kepada MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled bercakap ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Dewan Zaba, KPT Putrajaya tadi.-FOTO FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak berhasrat meneruskan diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi Bajet 2024 yang akan dibentangkan minggu hadapan.

Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, apa-apa keputusan sebaliknya tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan (MOF).

“Kita telah tidak lagi meneruskan itu (diskaun bayaran balik) dan apa-apa pun perkara mengenainya tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini petang tadi.

Dalam Belanjawan 2023 yang lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya memaklumkan kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga bulan bermula 1 Mac hingga 31 Mei lepas.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ringgit ke bawah untuk tempoh enam bulan bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI