fbpx

Anak cam bapa, mayat tepi longkang disahkan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular penemuan satu mayat di tepi longkang susur keluar Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Gombak, semalam.

GOMBAK – Mayat seorang lelaki dipercayai sakit mental ditemukan di tepi longkang menghala susur keluar Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penemuan tersebut pada pukul 4.31 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati si mati merupakan lelaki warga tempatan berusia 63 tahun dan mempunyai masalah mental.

“Proses pengecaman mayat telah dilakukan oleh anak kandung mangsa di lokasi kejadian.

“Anak si mati juga telah mengesahkan ayahnya mempunyai masalah mental.

“Hasil pemeriksaan fizikal pada tubuh badan si mati mendapati tiada sebarang kesan kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Noor Ariffin, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, kes kematian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Heirme Che Mat di talian 014-2389151 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.

Semalam, Kosmo! melaporkan penduduk di sini gempar dengan penemuan satu mayat di tepi longkang susur keluar Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI