fbpx

Happy Asmara dirasuk ‘benda halus’ atas pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAPPY ASMARA

SIAPA sangka penyanyi dangdut, Happy Asmara sebenarnya berdepan peristiwa mistik apabila dirasuk entiti ghaib ketika mengadakan sebuah persembahan pentas, baru-baru ini.

Penyanyi yang juga pelakon juga pengacara itu mendedahkan kejadian berlaku di Pasuruan, Jawa Timur hingga mencetuskan ketakutan penonton.

Katanya, pada awal muncul di pentas, dia mengalami pening dan secara tiba-tiba lampu di dewan tersebut terus malap.

Sebaik lampu menyala semula, dia terus menyanyi hingga mampu menyudahkan tiga lagu pertama, namun keadaannya mula berubah selepas itu.

Melihat keadaannya, kru majlis terus membawanya pulang ke tempat penginapan, namun dalam perjalanan, dia memukul kepala sendiri sambil terjerit-jerit.

Hasil bantuan pihak yang pakar, Happy Asmara berjaya dipulihkan tanpa berdepan sebarang kecederaan.

Akui penyanyi Dumes itu lagi, kejadian di Pasuruan bukan pertama kali kerana sebelum ini, jika kepalanya tiba-tiba pening, bermakna akan ada insiden serupa berlaku. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI