fbpx

Permohonan pekerja asing 3 subsektor dibuka 10 Oktober ini – Sivakumar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Permohonan baharu pekerja asing dan sedia ada bagi tiga subsektor tukang gunting, pekerja tekstil dan tukang emas akan dibuka mulai 10 Oktober ini.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, permohonan ini dibuka sehingga 7,500 kuota dipenuhi bagi tiga subsektor berkenaan dan majikan juga perlu berdaftar dengan persatuan perdagangan India.

Beliau berkata, pihaknya menetapkan tiada lanjutan permohonan dibenarkan selepas kesemua kuota berkenaan dipenuhi.

“Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kuota itu termasuk jumlah pekerja asing sedia yang bekerja di Malaysia iaitu sekitar 7,500 orang.

“Bagi pekerja sedia ada, majikan juga perlu membuat permohonan pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bermula 10 Oktober ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, permohonan pekerja asing bagi tiga subsektor itu dibuat bagi memenuhi permintaan majikan selepas ia telah dibekukan sejak tahun 2009.

Sivakumar berkata, selain syarat diatas, pengajian tiga sektor itu, perniagaan itu sudah wujud dan bukan kepada yang baru buka premis.

Menurutnya, permohonan itu tertakluk kepada syarat-syarat pengambilan pekerja asing sedia termasuk permohonan dibuat oleh majikan, tempoh penggajian serta kriteria dan kelayakan.

“Bagi subsektor tukang emas dan pekerja tekstil (keluasan lantai 1,000 hingga melebihi 5,000 meter persegi), kelayakan pekerja asing dibenarkan adalah 15 peratus dari jumlah tenaga tempatan.

“Bagi subsektor sektor tukang rambut pula, jika kerusi ada tiga (kelayakan dibenarkan adalah satu pekerja tempatan, dua pekerja asing),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI