fbpx

Akmal mahu dedah kartel beras tipu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar beras di muat naik di akaun Facebook Akmal hari ini.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau akan mendedahkan tentang isu kartel beras kepada umum.

Menurut beliau, isu berhubung kartel beras itu perlu didedahkan kerana menipu rakyat berhubung beras hancur dan beras super spesial tempatan (SST).

Beliau turut memuat naik di laman Facebook gambar beras hancur dan beras SST dan meminta orang ramai membuat perbandingan.

“Yang mana satu beras hancur dan beras SST? Jawab dulu, nanti saya akan beritahu pendedahan isu kartel beras ni menipu rakyat. Kita lawan demi hak rakyat,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI