fbpx

Penduduk diminta berjaga-jaga, Sungai Perupok cecah paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota APM Yan membuat memantau kenaikan paras air di Sungai Perupok, Yan hari ini.

YAN – Paras Sungai Perupok di Kampung Perupok, di sini terus mencatatkan peningkatan sehingga mencecah 3.71 meter iaitu paras bahaya berikutan hujan berterusan sejak malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Zul Izzi Zulkifli berkata, setakat pukul 4 petang tadi, dua kampung diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana dikhuatiri berlaku banjir kilat susulan paras sungai yang semakin meningkat.

Katanya, dua kampung tersebut adalah Kampung Perupok dan Kampung Perigi.

“Hasil pemantauan mendapati paras air sungai berkenaan yang terletak berdekatan dua kampung itu berada pada paras bahaya.

“Walaupun air sungai itu belum lagi melimpah ke kawasan sekitar penempatan, penduduk diminta mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI