fbpx

Draf pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 selesai – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (lapan dari kanan) bergambar bersama tetamu kehormat selepas menyempurnakan SAABM 2023 yang berlansung di sebuah hotel Cheras, di sini, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Draf pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959, telah selesai dirangka di peringkat akhir.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan terakhir sebelum dibentangkan di Parlimen.

Jelas beliau, pindaan akta ini penting untuk penguatkuasaan berikutan banyak penyalahgunaan bahasa yang berlaku.

“Saya harap dipercepatkan. Sebenarnya dah diputuskan dahulu dari segi nama taman contohnya, kita tengok perumahan di sini banyak guna nama luar (bahasa asing) tapi DBP tak boleh kuatkuasakan sebab aktanya terhad.

“Jadi sebab itu kita nak arahkan supaya jika polisi ini dibuat kerajaan, semua kena patuh kepada polisi tersebut. Kalau tak bising sahajalah di luar kenapa guna bahasa asing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) 2023, hari ini di sini.

Menerusi program tersebut, beliau mengumumkan bahawa Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) mewujudkan Kursi sempena namanya.

Ia dinamakan sebagai Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengajian Melayu dan Ketamadunan (Thailand) dan yang pertama di Thailand.

“Kursi ini di Thailand ada pembelajaran dan research (kajian) bukan sahaja bahasa tapi dari segi tamadun dan budaya Melayu juga.

“Kalau boleh banyakkan Kursi Bahasa Melayu di universiti-universiti luar negara terutamanya di negara-negara ASEAN,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI