fbpx
Papparaidu bersama sebahagian penerima pada program itu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.- Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

2,342 kes pengenalan diri di Selangor selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menyelesaikan sebanyak 2,342 kes dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran warga negeri ini.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri, V. Papparaidu berkata, jumlah itu meliputi 5,852 permohonan yang diterima menerusi program Pusat Dokumen Pengenalan Diri (MySel) sejak 2018 dengan kerjasama erat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan pelbagai agensi berkaitan.

Menurutnya, permohonan kewarganegaraan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,716 kes diikuti dokumen anak angkat (1,447) dan sijil kelahiran (1,185).

“Selain itu, kategori warga negara merekodkan 774 kelulusan diikuti anak angkat (711), sijil kelahiran (398), kad pengenalan merah (296) dan urusan imigresen (163).

“Peningkatan ketara dicatatkan tahun lalu dengan 1,130 kes berjaya diselesaikan,” katanya selepas merasmikan majlis Santuni Penerima Dokumen Pengenalan Diri di bawah program MySel 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata, isu dokumen pengenalan diri perlu ditangani bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat identiti sah dan menikmati hak sebagai warga negara.

Tambahnya, golongan ibu bapa turut diingatkan mengutamakan proses pendaftaran dokumen anak bagi mengelak kesulitan yang akan menjejaskan masa depan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN