fbpx

Anwar adakan pertemuan dengan pelabur pasaran modal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan pelabur pasaran modal di New York.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan lebih 200 delegasi di Invest Malaysia New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pertemuan itu dianjurkan oleh Bursa Malaysia bersama Bank of America, CIMB, HSBC, Maybank dan Standard Chartered.

“Forum ini telah menarik minat para pelabur pasaran modal ekuiti dan bon dengan nilai aset di bawah pengurusan mencecah dolar Amerika Syarikat (USD) 40 trilion.

“Saya yakin forum ini dapat menarik minat dan mengutuhkan keyakinan pelabur untuk ke Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, Invest Malaysia New York mengetengahkan hala tuju negara yang dibina melalui Kerangka Ekonomi Madani, disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12.

Jelas beliau, kerangka itu menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. Ucaptama saya disusuli dengan sesi interaksi dengan para pelabur. –

Selain itu, Anwar menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR) iaitu sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa dan dasar luar negara.

“Dalam sesi ini saya mendengar dan berkongsi dasar serta polisi negara terkait hubungan antarabangsa, pentas global dan geopolitik bersama badan pemikir ini.

“Saya hargai jemputan mereka dan berharap diskusi seperti akan dapat diteruskan pada masa mendatang,” katanya.

Perdana Menteri turut memaklumkan beliau berkesempatan bertemu dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat Mengenai Iklim, John Kerry.

“Kami bicara pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing saat ini.

“Saya turut sampaikan hasrat Malaysia untuk terus bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat bagi mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar serta kesihatan manusia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI