fbpx
Foto JBPM Sabah yang dikonsi Anwar, hari ini.

PM arah bantuan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dan terkesan dengan kejadian kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di Kampung Bahagia, Sandakan Sabah.

Menurut beliau, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan semua mangsa selain penyaluran bantuan segera kepada penduduk yang terjejas.

“Terkesan tatkala menerima laporan kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang telah memusnahkan ratusan buah rumah penduduk kampung.

“Justeru, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Kerajaan Persekutuan kini sedang menyelaras rapat bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan bantuan asas serta penempatan sementara dapat disediakan dengan kadar segera kepada semua mangsa.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan satu kebakaran besar yang disifatkan antara paling buruk pernah berlaku di kawasan itu telah memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air di kampung berkenaan, awal pagi tadi.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar pukul 1.30 pagi itu dilaporkan sukar dikawal berikutan angin kencang serta kedudukan rumah yang terlalu rapat sehingga menyebabkan api merebak dengan pantas.

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial turut memaparkan api marak dengan cepat, malah ada yang menunjukkan imej dari udara memperlihatkan kebakaran tersebut menyelubungi hampir keseluruhan kawasan penempatan.

Selain itu, rakaman selepas kebakaran berjaya dipadamkan menunjukkan kebanyakan rumah musnah sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang struktur.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi mengenai jumlah mangsa yang cedera atau kehilangan nyawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN