fbpx

Tayar kereta ditoreh lepas ‘hiking’ di Bukit Perangin, Changlun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu kenderaan pendaki yangg tayarnya ditoreh oleh individu yang tidak dikenali tular hari ini.

PETALING JAYA – Baru sahaja mendaki dan ‘healing’ di atas bukit, sekumpulan pemuda terkejut melihat tayar kereta dinaiki mereka dan beberapa kenderaan lain ditoreh oleh individu tidak bertanggungjawab.

Perbuatan khianat itu dipercayai berlakh di kawasan parkir Bukit Perangin, Changlun, Kedah pada Ahad.

Menerusi video tular berdurasi 54 saat yang dikongsikan oleh @_muhdimann, kesemua kenderaan yang diletakkan di tempat parkir tersebut ditoreh pada bahagian tayar.

“Kami datang Bukit Perangin, Changlun. Nak parking kereta sangat bahaya di sini, tayar kereta semua kena toreh.

“Cara ni bahaya balik Tuan Tuan. Gaya ni tak naik dah bukit ni,”keluh perakam video terbabit.

Kedengaran juga suara individu lain dipercayai rakannya mengeluh dan marah terhadap perbuatan khianat individu terbabit.

“Orang datang baru nak ‘healing’ sampai pagi tak balik. Ini memang tak baliklah ni, macam mana nak balik dengan keadaan macam ini?”marah individu tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengingatkan orang ramai yang ingin berkunjung ke sana agar berhati-hati dan mendakwa ada pihak yang sentiasa ‘memerhati’.

“Hati-hati healing kawasan situ ada geng sedang memerhati,” komen huzznezz.

“Berapa kali dah, sebelum ini cermin kena pecah semua,”kata abgjamal@dt. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI