fbpx
Nur Izzati ditemui meninggal dunia kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Nur Izzati ditemui meninggal dunia di kawasan kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Remaja, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dilaporkan hilang selepas tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor sejak Sabtu lalu ditemui meninggal dunia, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, jasad remaja perempuan itu ditemukan oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 11.58 pagi.

“Mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir beliau dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK),” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN