fbpx

Rakus ceroboh tanah Orang Asli bikin ladang durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan penduduk Orang Asli menunjukkan laporan polis yang dibuat ketika ditemui di IPD Gua Musang kelmarin.

GUA MUSANG – Sekumpulan penduduk Orang Asli di Pos Broke dan Pos Ber di sini, membuat laporan polis selepas mendakwa kehidupan dan pe­nempatan mereka terjejas ekoran pencerobohan tidak terkawal syarikat perladangan durian dan pembalakan sejak tiga bulan lalu.

Mereka mendakwa, pene­rokaan secara berleluasa di Ta­nah Dan Wilayah Adat Kampung Haed dan Kampung Mendrod itu telah menyebabkan lebih 1,000 penduduk hilang punca pendapatan ekoran kebun mereka musnah selepas kawasan tadahan hujan dimusnahkan.

Seorang penduduk, Ramli Ajom, 34, berkata, penerokaan tanpa kawalan itu telah menyebabkan penempatan mereka yang didiami sejak nenek mo­yang semakin terancam dengan aktiviti penerokaan tanah.

“Oleh sebab itu kami membuat laporan polis kerana tindakan ini sudah melampau. Kami harap kerajaan negeri dan pihak berwajib lain dapat membantu Orang Asli di kawasan terlibat.

“Kami mohon semak semula projek yang diluluskan agar tidak merosakkan sumber air Orang Asli semasa membuka ladang. Kami semua susah jika tanah adat terus diteroka,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini kelmarin.

Seorang lagi penduduk, Legek Alang, 69, berkata, pencemaran bermula sejak Julai lalu apabila pihak syarikat membawa masuk jentera berat untuk meneroka tanah.

“Kami telah berbincang ba­nyak kali dan pada awalnya pihak syarikat berjanji tidak akan mengganggu hasil tanaman dan sumber air kami. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya apabila penerokaan tanah semakin tidak terkawal.

“Sebagai penduduk terawal di sini, kami tidak berpuas hati ke­rana tindakan mereka akan memberi kesan kepada kelangsungan hidup kami termasuk masa depan anak cucu kami,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Nasir Dollah berkata, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat berkaitan isu itu.

Katanya, penduduk tidak berpuas hati apabila kebun dibuka di kawasan perkampungan yang akan memberi kesan kepada kehidupan Orang Asli.

“Penduduk di Pos Ber sudah berjumpa dengan pihak syarikat supaya mereka batalkan projek dipercayai berkeluasan lebih 800 hektar yang akan memberi kesan kepada Orang Asli.

“Jadi, kami minta kerajaan negeri perlu memberhentikan projek perladangan atau pembalakan dengan kadar segera yang dilihat menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli,” ­katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI