fbpx

Mesyuarat MKT UMNO dijangka buat keputusan besar malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini dijangka membuat beberapa keputusan besar.

Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bermula pukul 8 malam tadi dihadiri beberapa pemimpin UMNO.

Antara pemimpin yang hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Isu yang menjadi tumpuan pada mesyuarat kali ini ialah pemecatan beberapa ahli parti termasuk Ahli MKT UMNO, Isham Jalil.

Ia susulan kenyataan di Facebooknya yang mendedahkan nama beliau mungkin tersenarai antara ahli yang akan dipecat kerana kenyataannya yang lantang terhadap kerjasama UMNO dan DAP sebelum ini.

Selain itu, mesyuarat berkenaan mungkin akan membincangkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis yang hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Bakri, Johor baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI