fbpx

Mahkamah: Bekas pengurus e-dagang didakwa pengubahan wang haram hampir RM1juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Yusof ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus akaun sebuah syarikat plaform e-dagang didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas 12 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM904,010.25 antara tahun 2020 hingga 2021.

Tertuduh, Muhammad Yusof Zubair, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Yusof didakwa telah terlibat dalam pengubahan wang haram menggunakan dan memindahkan wang termasuk bagi pembayaran akaun kad kredit secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan 904,010.25.

Kesemua perbuatan itu dilakukan menerusi tiga akaun bank miliknya dan seorang lelaki lain di tiga cawangan bank berlainan sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam antara 9 Disember 2020 hingga 13 Julai 2021.

Justeru, dia dakwa mengikut perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001) Akta 613 yang boleh dihukum di bawah perenggan 4(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan atau RM5juta, mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Julianazriana Jaafar mencadangkan jaminan RM100,000 bersama seorang penjamin bagi semua pertuduhan.

Peguam Abdul Rahman Zulkhairi mewakili tertuduh memaklumkan, anak guamnya tidak ingin dijamin atas kerelaannya sendiri.

Mahkamah membenarkan cadangan pihak pendakwaan sekiranya tertuduh ingin membayar jaminan pada masa depan dan sebutan semula ditetapkan pada 20 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI