fbpx

Penganggur curi tabung masjid RM500 selepas solat subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek mengumpil tabung masjid selepas solat Subuh dan melarikan wang berjumlah RM500.

AMPANG – Seorang penganggur terima padah apabila kegiatan mencuri tabung masjid dihidu oleh bilal ketika memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) semalam.

Dalam kejadian terbabit, suspek dipercayai melarikan wang berjumlah RM500 dari sebuah masjid sekitar Taman Nirwana, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada lelaki tempatan berusia 25 tahun yang juga bilal serta ahli jawatankuasa masjid berkenaan pukul 6.49 pagi semalam.

“Pengadu mengesan kegiatan suspek apabila menyemak rakaman CCTV.

“Suspek berada di kawasan kaki lima masjid dan telah mengumpil tabung masjid selepas selepas solat subuh lalu melarikan diri.

“Susulan kejadian itu, kita anggarkan masjid mengalami kerugian sebanyak RM500,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, pihaknya telah menahan suspek berusia 33 tahun pada hari sama di sebuah kediaman di Taman Angsana Hilir, Kuala Lumpur kira-kira pukul 5 petang.

“Seterusnya, kita juga berjaya merampas wang kertas bercampur campur bernilai RM101 serta pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,”jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya, manakala suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang Jaya pukul 10 pagi ini bagi permohonan tahanan reman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri dalam bangunan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI