fbpx

Mahkamah: Bekas eksekutif akaun didakwa lupus wang haram RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas eksekutif akaun firma guaman sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan melupus, memindah dan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM1 juta.

Abu Zarin Haron, 46, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Tertuduh didakwa melupuskan wang RM112,000 hasil aktiviti haram daripada akaun simpanan bank miliknya di Malayan Banking Berhad, Bukit Bintang di sini antara 18 September 2020 dan 19 Julai 2021.

Abu Zarin turut berdepan dua pertuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram RM633,641.07 daripada akaun simpanan ke akaun Maybank Investment miliknya pada tempat sama antara 30 September 2020 dan 15 Oktober 2021.

Dia juga didakwa atas empat pertuduhan menerima wang aktiviti haram berjumlah RM886,908.7 daripada akaun simpanan melalui tiga akaun bank milik dua wanita dan seorang lelaki pada tempat serupa antara 21 April 2021 dan 14 Januari 2021.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI