fbpx

Wanita Bangladesh diberkas seludup benih bayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan biji benih bayam yang dirampas oleh Maqis di KLIA, Jumaat lalu. -Foto MAQIS

PUTRAJAYA – Seorang wanita warga Bangladesh ditahan berikutan membawa masuk biji benih tanpa dokumen sah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) pada Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Mohd. Sobri Md Hashim berkata, sejumlah 75 pakej biji benih bayam dianggarkan bernilai RM1,000 dirampas dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Katanya, biji benih itu tidak mempunyai dokumen Import Permit dan Sijil Fitosanitasi bagi tujuan ditanam di negara ini berisiko merosakkan industri pertanian dalam negara jika tidak dikawal sebaiknya.

“Penahanan biji benih ini adalah bertujuan mengawal kemasukan perosak, penyakit dan kulat pada biji benih.

“Hal ini boleh menyebabkan pihak kerajaan menanggung kerugian yang tinggi jika penyakit ini tidak dikawal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, perbuatan membawa masuk biji benih tanpa permit yang sah dari Maqis merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

Tambahnya, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya.

“Pihak Maqis sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

“Pemeriksaan itu juga bagi memastikan penumpang sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI