SUDAH memasuki minggu suku akhir tetapi program Talk To My Manager 2 (TTMM2) kekal hangat menjadi topik bualan ramai dalam media sosial.
Bukan sahaja para peserta yang dikritik tetapi juga dua juri tetap iaitu Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah juga turut menerima nasib sama.
Segelintir pihak berpendapat Sarimah dan AC tidak layak berada di kerusi juri kerana katanya tidak cukup pengalaman serta kredibiliti.
Memang banyak komen pedas yang Diva baca mengenai mereka tetapi mengapa ketika pertandingan hampir tamat baru nak pertikai?
Lebih baik biarkan sahaja mereka melakukan tugas yang sudah digalas. Mereka lebih mahir tentang dunia hiburan.
Apa pun, sudah-sudahlah mengecam para peserta, biarkan mereka yang lebih mahir menilai.
DIVA: Ada yang cadang AC sertai TTMM3 dengan anaknya tahun depan.














