fbpx
Gambar hiasan.

Suspek intai wanita dalam tandas restoran diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian mengintai seorang wanita di dalam tandas sebuah premis makanan di Damansara Uptown, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun berhubung kejadian tersebut.

“Pihak polis ada menerima laporan daripada seorang pengadu wanita warga tempatan pada malam tadi.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. Tindakan mengesan suspek terlibat juga sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran di aplikasi Threads yang mendakwa seorang wanita menjadi mangsa perbuatan mengintai ketika berada di tandas sebuah premis makanan di Damansara Uptown.

“Warga Threads tolong doakan. Kejadian baru berlaku malam tadi di Damansara. Adik perempuan kena skodeng (intai) dalam tandas,” menurut hantaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN