fbpx
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan Proton X50 yang terlibat dalam kemalangan di KM 341.5, LPT2 berhampiran R&R Paka, Dungun semalam.

Wanita maut kaki putus, Proton X70 rempuh pembahagi jalan LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang wanita yang dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Terengganu maut selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam nahas di Kilometer 341.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka, di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 5.15 petang itu, kaki kiri mangsa putus akibat terkena serpihan pembahagi jalan.

Wanita tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Dungun, di sini beberapa jam selepas kemalangan tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, ketika kejadian, mangsa bersama empat ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuantan, Pahang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya.

“Rempuhan itu menyebabkan serpihan pembahagi tersebut masuk ke dalam kenderaan dan terkena kaki kiri mangsa,” katanya hari ini.

Jumaidy Bah berkata, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berpunca daripada pemandu SUV yang terlelap seketika. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN