fbpx

Lelaki maut dilanggar selepas motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Kilometer 52.1 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki maut akibat dilanggar sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti selepas motosikal di tunggangnya terbabas dalam kejadian di Kilometer 52.1 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.15 pagi itu melibatkan Muhammad Ayzad Daniel Azman, 19, yang nenunggang motosikal Yamaha Y15ZR secara bersendirian.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku berpunca daripada motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas menyebabkannya tercampak ke lorong sebelah kiri jalan.

“Sebuah kereta tidak dapat dikenal pasti yang secara kebetulan berada di belakang mangsa dikatakan gagal mengelak menyebabkannya dilanggar dan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian masih dalam siasatan dan dalam usaha mengesan saksi bebas yang mungkin ternampak kejadian ini selain pemeriksaan Puspakom samada ada dilanggar atau tidak oleh kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bahrin, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mayat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.

Ujarnya, pemandu kereta yang dikatakan melanggar mangsa digesa membuat laporan polis bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI