fbpx

Mierul Aiman pelakon Projek: High Council genggam ijazah kejuruteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mierul Aiman bersama ibu bapa dan keluarganya selepas konvokesyen Unisel di Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Impian pelakon drama bersiri Projek: High Council, Mierul Aiman memiliki ijazah direalisasikan selepas berjaya menggenggamnya pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel), hari ini.

Pemilik nama Mohammad Amirul Aiman Norazman, 25, itu, antara ratusan graduan yang diraikan dalam konvokesyen kali ke-17 di Kampus Bestari Jaya, di sini.

Menurutnya, dia bersyukur berjaya menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat.

“Kejayaan manis yang dikecapi ini dianggap hadiah kepada keluarga terutama kedua ibu bapa saya.

“Pelbagai kenangan ditempuh sepanjang bergelar mahasiswa Unisel namun saya gembira pengorbanan itu akhirnya membuahkan hasil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI