fbpx

[TIDAK RASMI] PRK: Rakyat pilih PH di Parlimen Pulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIZAN bersama isterinya, Dr. Norsham Idris sebaik mengetahui kemenangan PRK Pulai di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi di Parlimen Pulai apabila calonnya, Suhaizan Kayat, menang di kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 9.20 malam membabitkan sebanyak 228 daripada 298 jumlah peti undi.

Bagaimanapun Suhaizan menang dengan majoriti lebih rendah berbanding majoriti besar 33,174 undi diraih Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Suhaizan yang juga bekas Speaker DUN Johor meraih 36,703 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 24,035 undi, manakala Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 408.

Suhaizan meraih kemenangan dengan majoriti 12,668.

Kemenangan Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu mencatat sejarah peribadi kepadanya selepas tewas enam kali dalam pilihan raya yang pernah ditandinginya sebelum ini.

Cubaan kali ketujuh Suhaizan yang juga Ketua Amanah Bahagian Pulai itu akhirnya berjaya menghadiahkan kemenangan kepadanya.

Pada PRU-15 November lalu, Salahuddin menang kerusi Parlimen Pulai dengan 64,900 undi, menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada Barisan Nasional (BN) yang meraih 31,726 manakala Loh Kah Yong daripada Perikatan Nasional (PN) meraih 20,677.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI