fbpx

PRK: Suhaizan, isteri selesai mengundi di SK Seri Melati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIZAN bersama isteri, Dr. Norsham memasukkan kertas undi ke dalam peti undi di SK Seri Melati, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Melati bagi Parlimen Pulai di Kempas di sini hari ini.

Suhaizan yang juga Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Bahagian Pulai hadir bersama isterinya, Dr. Norsham Idris menunaikan tanggungjawab kira-kira pukul 9.03 pagi.

“Saya mohon supaya pengundi-pengundi di Parlimen Pulai dapat turun mengundi lebih awal pagi ini menunaikan tanggungjawab kita semua.

“Alhamdulliah semua saluran berjalan lancar, trafik juga berjalan lancar dengan bantuan pihak polis, saya kira tiada halangan semua pengundi turun dengan selamat.

“Kita berdoa agar dapat mencapai sasar peratusan mengundi 70 peratus dan ke atas, cuaca yang redup begini elok semua orang untuk turun, jangan turun petang sebab petang diramalkan hujan,”katanya ketika ditemui pemberita di SK Seri Melati di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru dalam PRK kali ini.

Suhaizan dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Pulai dan Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi selaku calon Bebas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI