fbpx

PRK: Cuaca hujan di hari pengundian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS SPR membantu pengundi di Pusat Pengundian di SMK Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri hari ini.

JOHOR BAHRU – Hujan lebat tidak menghalang orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pagi ini.

Tinjauan di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, di sini pagi tadi mendapati cuaca mendung sejak awal pagi disusuli hujan lebat bermula jam 9.30 pagi.

Beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dilihat membantu pengundi berdaftar yang tiba dengan memegang payung dan membawa mereka masuk ke pusat pengundian.

Seorang pengundi, Tamill Chilvan, 57, dari Taman Nusa Bistari berkata, dia mengambil kesempatan untuk keluar mengundi awal kerana khuatir hujan akan turut berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi semalam.

“Saya sampai pukul 9 pagi tadi dan bila dah selesai undi nak balik rumah namun tiba-tiba hujan lebat turun.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana telah selesai menunaikan tanggungjawab saya,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi SMK Taman Bukit Indah di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI