fbpx

Kerjasama PH-BN kunci kemenangan – Suhaizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIZAN mengadakan sidang akhbar sebaik memenangi PRK Parlimen Pulai di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pulai baharu, Suhaizan Kayat mengakui kerjasama erat antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjadi kunci utama kepada kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu malam ini.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, beliau bersyukur apabila berjaya mengakhiri rekod kekalahan dalam enam pilihan raya sebelum ini.

Menurut beliau, kemenangan dengan majoriti lebih 18,000 itu merupakan satu kemenangan yang meyakinkan buat kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau banding majoriti sebelum ini adalah kecil, tetapi peratusan keluar mengundi kurang. Jadi angka ini cukup meyakinkan. Ini gambaran kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan ia telah diterima baik oleh masyarakat Johor khususnya.

“Beberapa faktor yang menyumbang kepada peratusan rendah itu termasuklah ini hanya satu PRK, selain hujan lebat yang turun pada sebelah pagi,” katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai pemenang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Suhaizan yang juga merupakan Naib Pengerusi Amanah Johor turut memberitahu, kemenangan beliau turut membuktikan gelombang Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan sebelum ini tidak berlaku di Johor.

“Kemenangan ini bukti sokongan kuat kepada kita, bukan gelombang PN, di Johor itu tidak berlaku. Perkara ini kita telah terangkan kepada pengundi bahawa kepentingan memilih kestabilan kerajaan demi pembangunan ekonomi negara.

“Ini juga bukanlah undi simpati yang diberikan pengundi, sebaliknya sokongan kepada kerajaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI