fbpx

Pak belang baham lembu dalam ladang di Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bangkai lembu selepas ditemui mati akibat serangan binatang buas dipercayai harimau dan kesan tapak kaki di Ladang Koperasi Kampung Jawi di Kahang, Kluang, semalam.

KLUANG – Kejadian haiwan ternakan mati akibat serangan binatang buas dipercayai harimau terus berlaku di Kluang sehingga mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai khususnya pekerja ladang.

Jika sebelum ini beberapa kejadian dilaporkan di Felda Bukit Tongkat dan Felda Ulu Denga, namun kali ini kejadian serupa berlaku dan lembu ternakan di Ladang Koperasi Kampung Jawi di sini menjadi sasaran.

Penolong Pengurus Ladang Kampung Jawi, Sakrani Abdul Samad berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 7.30 pagi semalam selepas menemui bangkai seekor lembu yang penuh dengan kecederaan.

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati ada kesan tapak kaki dipercayai harimau sebesar kira-kira satu tapak tangan di sekeliling bangkai lembu itu.

“Susulan kejadian itu, satu laporan kepada Balai Polis Kahang serta Pejabat Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kluang untuk tindakan selanjutnya.

“Sebagai langkah keselamatan, semua kira-kira 122 ekor lembu yang diternak dalam ladang ini di kurung untuk beberapa hari manakala bangkai lembu dibiarkan bagi mengenal pasti samada binatang buas berkenaan akan datang semula ke ladang ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Sakrani lagi, kejadian ini adalah yang pertama berlaku dan binatang buas tersebut dipercayai datang daripada Hutan Simpan Endau – Rompin dan kawasan Kampung Orang Asli Peta yang terletak tidak jauh dari ladang ini.

Ujarnya, hasil pemeriksaan pagi semalam mendapati binatang buas berkenaan datang semula mendapatkan makanan pada bangkai itu hasil daripada beberapa kesan baharu yang terdapat pada badan lembu berkenaan.

“Susulan itu pihak Perhilitan telah melakukan pemasangan kamera di sekeliling bangkai untuk mengenal pasti binatang yang membuat serangan selain pemeriksaan dalam kawasan ladang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI