fbpx
AZALINA (kanan) ketika hadir Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani 3.0, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri di Balai Raya, Kampung Tanjung Serindit, Ladang Sungai Papan, Kota Tinggi hari ini. Foto MASTURAH SURADI

Bubar DUN Johor, Azalina sifatkan keputusan Onn Hafiz tepat pada masanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​KOTA TINGGI – Keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor disifatkan tepat pada masanya ekoran kedudukan kerajaan negeri yang kini berada pada tahap paling kukuh, hasil sokongan positif yang dizahirkan rakyat terhadap kepimpinan sedia ada.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, pengumuman oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu sememangnya hak dan budi bicara kerajaan negeri.

“Cerita tentang Johor nak dibubarkan ini memang cerita dah lamalah, hanya tarikh sahaja dan kita pun sebut sepatutnya Melaka dulu baru Johor kan? Tapi sekarang ini Johor dulu.

“Mungkin dengan apa yang berlaku, sambutan ulang tahun UMNO ke-80 di Istana Besar Johor dan juga kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang kejuaraan Liga Super musim ke-12 berturut-turut, saya tengok bahawa banyak sokongan positif daripada rakyat Johor kepada kepimpinan kerajaan negeri.

“Dan mungkin dari segi pilihan raya negeri ini, saya lihat dan saya nak tekankan kalau boleh kita kena tekankan banyak pada elemen demokrasilah. Janganlah kita ada kekasaran ke ataupun wujud ke masalah dan sebagainya. Jadi dari segi undang-undang kita kena tahulah adat kita dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani 3.0, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri di Balai Raya, Kampung Tanjung Serindit, Ladang Sungai Papan hari ini.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata mengenai senarai calon terpulang kepada penilaian biro politik dan Barisan Nasional (BN) negeri yang mempunyai kayu ukur mereka tersendiri.

​Namun katanya, pengundi muda menjadi ukuran besar dan tidak boleh diabaikan memandangkan golongan tersebut kini membentuk peratusan yang sangat signifikan dalam landskap politik tempatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN