fbpx

Aniq Kasdan raih tonik terbaik ke Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ memenangi pingat gangsa buat kali pertama pada Kejohanan Dunia dengan angkatan terbaik 166 kg menerusi clean and jerk dalam kategori 61 kg di Riyadh, Arab Saudi semalam.

SUKAN angkat berat berada di landasan terbaik untuk memburu tiket secara merit pada Sukan ­Olimpik Paris tahun depan sele­pas dua badang negara tampil cemerlang sewaktu Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi berakhir semalam.

Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin masing-ma­sing membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya meme­cah rekod peribadi masing-ma­sing dalam kategori 61 kilogram (kg) pada kejohanan tersebut.

Bagaimanapun, Aniq paling mencuri tumpuan apabila pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu buat kali pertama memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Dunia dengan angkatan terbaik 166 kg menerusi clean and jerk dalam kategori 61 kg.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, kejayaan Aniq itu sesuatu yang membanggakan dan berharap aksi cemer­lang itu meletakkan mereka dalam program Road to Gold (RTG).

“Berdasarkan kedudukan semasa selepas menyertai tiga kejohanan di Korea, Cuba dan Arab Saudi yang menjadi kejohanan wajib kelayakan Olimpik, Aniq kini berada di kedudukan kesembilan kejohanan dan Aznil ­tempat ke-11.

“Bagaimanapun, hanya 10 terbaik setiap kategori dengan seorang atlet bagi setiap negara layak secara automatik ke Olim­pik. Selepas ini, kita juga akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Belia dan Sukan serta Jawatankuasa RTG bagi menyenaraikan dua badang negara ini dalam program RTG,” kata Ayub.

PABM merancang menghantar dua badang negara itu menjalani latihan di luar negara kerana terdapat tiga lagi kejohanan Kelayakan Olimpik iaitu Grand Prix IWF II di Qatar (4 hingga 14 Disember ini), Kejohanan Asia di Uzbekistan (3-10 Februari 2024) dan Kejohanan Dunia IWF di Phuket, Thailand (2-12 April 2024).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI