fbpx

Beberapa laluan di Puncak Alam dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dimuat naik oleh pengguna di Facebook menunjukkan Jalan Persiaran Puncak Alam 6 dinaiki air akibat banjir kilat malam tadi.

KUALA SELANGOR – Beberapa laluan di Puncak Alam, di sini, dilaporkan terhalang dan dinaiki air akibat banjir kilat berikutan hujan lebat pada pukul 8 malam tadi.

Menerusi beberapa gambar dan video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Jalan Persiaran Puncak Alam 6 berdekatan sebuah pusat servis kereta dan laluan dari Masjid Puncak Alam ke Fasa 3 berdepan dengan lampu isyarat dinaiki air.

Difahamkan kawasan lain yang turut terhalang juga adalah laluan dari Persiaran Mokhtar Dahari ke Puncak Alam.

Selain itu, dilaporkan juga laluan di Econsave, simpang ke Alam Jaya turut terkesan dengan banjir kilat dan dinaiki air.

Kelihatan di dalam video yang dimuat naik malam tadi, beberapa kenderaaan terpaksa membuat pusingan U kerana tidak dapat melalui jalan tersebut selain terdapat motor yang rosak akibat dimasuki air.

Walau bagaimanapun, menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar setakat pukul 10.11 malam tadi, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI