fbpx

Dua lelaki tertangkap mencuri dicekup merusuh, cederakan pekerja kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai runcit yang merupakan lokasi kejadian rusuhan bersenjata oleh enam lelaki di Bandar Utama, Gua Musang kelmarin. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata dicekup selepas mereka tertangkap mencuri sekarton air minuman berkarbonat di sebuah kedai runcit di Bandar Utama di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, kedua-dua suspek dan empat rakannya yang bersenjatakan parang, batang besi dan kayu panjang menyerang pengadu yang merupakan pekerja kedai runcit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku selepas kedua-dua suspek berusia 21 dan 23 tahun tertangkap selepas dipercayai mencuri satu karton air minuman berkarbonat dari kedai runcit tersebut.

Katanya, pekerja kedai runcit tersebut yang merupakan warga Pakistan memarahi suspek sehingga berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Akibat tidak berpuas hati, kedua-dua suspek dan empat rakan mereka menyerang warga asing itu dengan bersenjatakan parang, batang besi dan kayu panjang sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

“Selain itu, suspek juga telah merosakkan barangan kedai runcit tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, bertindak atas maklumat, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang telah membuat tangkapan ke atas dua suspek utama pada pukul 4.30 petang hari yang sama.

Katanya, polis turut merampas senjata yang digunakan semasa kejadian iaitu sebilah golok, sebatang cota kayu dan satu unit buku lima.

“Ujian saringan air kencing mendapati, kedua-dua suspek positif dadah jenis benzo iaitu sejenis ubat penenang dan methamphetamine.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat bagi membantu polis mengesan saki baki suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan 148 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan merusuh menggunakan senjata selain Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI