fbpx

Rumah dua tingkat di Bukit Mertajam musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah rumah di Jalan Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam di sini musnah dalam satu kebakaran, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 3.47 petang, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Lela Dollah bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dibantu BBP Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar 70 peratus. Kebakaran dapat dikawal dan berjaya dipadamkan pada pukul 4.15 petang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI