fbpx

Nelayan selamatkan gadis terjun Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika operasi menyelamat seorang gadis yang bertindak terjun dari KM7.4, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Sekumpulan nelayan pantai berjaya menyelamatkan seorang gadis yang nekad terjun dari Kilometer 7.4, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai di sini, pagi tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, operasi menyelamat mangsa membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak selepas menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.28 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati seorang mangsa wanita berusia 23 tahun telah bertindak terjun dari jambatan berkenaan.

“Mangsa sebelum itu meninggalkan sebuah kereta jenis Honda City bersama dokumen peribadi di atas jambatan berkenaan.

“Mangsa telah berjaya diselamatkan oleh pihak nelayan yang berada di lokasi pada pukul 4.52 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beritahu jurucakap itu lagi, mangsa kemudiannya diserahkan kepadap pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 5.49 pagi.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI