fbpx

Gempar buaya dalam parit di Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
uaya yang ditemui dalam sebuah parit di Kampung Parit Serong, Tanjong Karang, Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Penduduk Kampung Parit Serong, Tanjong Karang di sini gempar apabila mereka menemui seekor buaya dalam sebuah parit di perkampungan itu hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima satu video tular mengenai penemuan reptilia tersebut kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, penduduk memaklumkan cuba menangkap buaya itu tetapi gagal sebelum haiwan tersebut hilang ke dasar parit berkenaan pagi tadi.

“Hasil pemantauan dan siasatan Perhilitan tidak melihat kelibat reptilia tersebut. Anggota kami menjalankan rondaan di sekitar lokasi itu, namun buaya tersebut tidak ditemui,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Choon Yung, pemantauan lanjut akan dilakukan pihaknya bagi mengesan buaya berkenaan dan orang awam diminta segera menghubungi Perhilitan jika melihat buaya itu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI