fbpx

PRK Pelangai: SPR bincang tarikh hari pengundian 10 pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Satu mesyuarat khas akan diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula pukul 10 pagi ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting termasuk hari mengundi bagi pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh di mana tarikh-tarikh penting PRK seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih dan lain-lain persiapan akan dibincangkan.

Ia diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lepas.

Sejurus itu, satu sidang akhbar dijangka diadakan pada pukul 12.30 tengah hari bagi mengumumkan hasil mesyuarat termasuk hari pengundian.

Sebelum ini, Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak memaklumakan, pihaknya telah menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai.

Allahyarham Johari, 53, merupakan antara 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15), Johari yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi iaitu menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi selain Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) dengan 2,031 undi dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI