fbpx

Ada pendidikan, Paul Rudd bukan ‘tin kosong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAUL RUDD

BIARPUN mengecapi kejayaan cemerlang di Hollywood, aktor terkenal Paul Rudd rupa-rupanya seorang anak seni yang begitu mementingkan soal pendidikan.

Menurut laporan People, pelakon filem Ant-Man itu memiliki kelulusan dalam bidang lakonan dari beberapa buah universiti.

Ujar Rudd, dia mempunyai rasa ingin tahu yang kuat sehingga menjadi seorang yang gigih melanjutkan pelajaran, terutama dalam bidang seni lakonan kerana tidak mahu digelar sebagai pelakon tin kosong (tanpa ilmu).

Difahamkan Rudd sebelum ini pernah melanjutkan pengajian dalam jurusan teater dari Universiti Kansas, Amerika Syarikat.

Tidak berhenti di situ, aktor berusia 55 tahun itu kemudiannya melanjutkan lagi pengajian dalam bidang lakonan di American Academy of Dramatic Arts.

Tanpa rasa jemu, Rudd kemudiannya menyambung lagi pengajian selama tiga bulan di British American Drama Academy Oxford untuk memantapkan lagi ilmu lakonannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI