fbpx

Nahas Elmina: Oyen turut jadi mangsa, dijumpai dalam keadaan cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar keadaan oyen yang dikongsi di laman Instagram Zulerwan.

PETALING JAYA – Seekor kucing yang digelar ‘oyen’ turut menjadi mangsa nahas melibatkan sebuah pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam dekat sini Khamis lalu.

Kucing berkenaan ditemui oleh pasukan penyelamat dalam keadaan cedera pada bahagian badan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, seorang doktor veterinar dikenali sebagai Zulerwan memaklumkan bahawa kucing tersebut ditemui oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Oyen ini ada di kawasan kejadian sewaktu kapal terbang terhempas di Elmina.

“Terima kasih team ambulans KKM kerana turut menyelamatkan oyen,” tulis doktor terbabit.

Pada hantaran sama, dia turut berkongsi beberapa keping gambar dan video yang memaparkan kecederaan yang dialami kucing tersebut dan keadaan selepas diberi rawatan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa oyen dan beberapa mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut.

“Ya Allah tak boleh bayangkan betapa takutnya dia (oyen) masa tu. Terima kasih kepada yang sudi ambil dia tak biarkan macam tu, cepat baik ya,” tulis @aisyahlii.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @noorjunaina.

“Terima kasih doc (doktor) dan pasukan KKM kerana menyelamatkan oyen,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI