fbpx

Nahas Elmina: Jenazah Ustaz Idris tiba di masjid untuk disolatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Ustaz Idris tiba di Masjid Tengku Sulaiman Ketari pukul 2 petang tadi untuk disolatkan.

BENTONG – Jenazah Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, yang merupakan pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun tiba di Masjid Tengku Sulaiman Ketari pada pukul 2 petang untuk disolatkan.

Solat jenazah diimamkan abang Allahyarham Mohamad Izuan Abdol Talib @ Ramali yang dihadiri lebih 500 orang jemaah.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Barak di Benus untuk dikebumikan.

Allahyarham adalah salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Elmina Central Park, Seksyen U16, dalam insiden pada Khamis lalu.

Seramai 10 mangsa terkorban di dalam nahas berkenaan melibatkan enam penumpang pesawat, dua juruterbang, dan dua orang awam.

Solat jenazah Allahyarham Ustaz Idris dilaksanakan di Masjid Tengku Sulaiman Ketari, Bentong hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak masing-masing berusia 54 hari, 10 tahun serta 14 tahun.

Allahyarham adalah pegawai Kerajaan Negeri Pahang yang berkhidmat di Pejabat Agama Islam Daerah Raub sebagai pegawai penguatkuasa.

Namun Allahyarham bercuti tanpa gaji awal tahun ini selepas berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI