fbpx

Nahas Elmina: Razarudin lawat lokasi nahas sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari fasa ketiga diteruskan, pagi ini.

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, pagi ini hadir sekali lagi melawat lokasi nahas pesawat yang terhempas di atas jalan raya di Elmina Central Park, Seksyen U16, di sini petang semalam.

Razarudin dilihat tiba di sini kira-kira pukul 9 pagi bagi memantau operasi mencari yang telah memasuki fasa ketiga.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan rakaman suara kokpit (CVR) yang merupakan salah satu daripada komponen kotak hitam pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas semalam, ditemui pada pukul 10.20 malam tadi.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menerusi sidang media di lokasi.

Susulan nahas itu, seramai sepuluh mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.

Mangsa terkoraban terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI