fbpx

Kongsi video iklan, Mimi Lana, Syafiq jangan bagi harapan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEHINGGA kini, Mimi Lana dan Syafiq masih membisu soal pembatalan pernikahan mereka.

PETALING JAYA – Seminggu selepas menyepikan sebaik membatalkan pernikahan, perkongsian Mimi Lana menunjukkan video kempen sebuah jenama produk bersama Syafiq Kyle dalam Instagram mengundang reaksi bercampur-campur peminat.

Biarpun menyedari perkongsian video tersebut sebagai komitmen yang perlu dipatuhi, rata-rata pengikut tetap bersangka baik bahawa pasangan sensasi ini hanya membatalkan majlis yang telah dirancang, bukannya putus tunang.

Malah ada dalam kalangan netizen menganggap hantaran tersebut sebagai petanda positif terhadap hubungan antara Mimi dan Syafiq terus berkekalan.

Begitupun, sebilangan lagi pengikut mereka kedua-dua pelakon Pusaka itu tidak memberi harapan palsu terhadap peminat yang mendoakan mereka.

Pada masa sama, terdapat individu yang menganggap pengumuman pembatalan majlis termasuk resepsi yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos (hari ini) sekadar gimik.

“Saya rasa ini kolaborasi kerja, ada perjanjian. Apa jadi sekalipun kena kongsi video, doakan yang baik-baik,” komen peminat.

“Batal saja bukan putus tunang, apalah korang,” ungkap seorang peminat.

“Diorang okay saja, netizen yang lebih-lebih,” luah peminat lain.

“Jangan bagi kami harapan palsu. Kami sayang anda berdua,” ujar pengikut laman sosial Mimi.

Menerusi Instagram Syafiq yang turut memuatnaik hantaran video sama, ruangan komen turut rancak meraih pelbagai maklum balas sehingga ada yang mengusiknya sengaja membuat ‘prank’.

“Kita kena ‘prank’,”kongsi seorang pengguna yang turut dipersetujui beberapa peminat lain apabila meninggalkan komen serupa.

Sementara itu, dalam hantaran lain Mimi, 27, memuatnaik beberapa keping foto di laman sosial yang menunjukkan dirinya kini sudah berada di London.

Turut kelihatan menemaninya ke destinasi tumpuan ramai itu adalah penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

Terdahulu, peminat terkejut apabila dia mengumumkan membatalkan majlis pernikahan dan resepsi yang dijadual berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Selepas itu mereka lebih selesa membungkam biarpun bermacam spekulasi timbul termasuk dakwaan telah bernikah secara rahsia pada malam pengumuman dibuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI