fbpx

Ambulans langgar kerbau, empat terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ambulans yang terlibat kemalangan dengan seekor lembu di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Pushing, Batu Gajah semalam.

BATU GAJAH – Empat individu termasuk seorang pesakit berdepan detik cemas apabila ambulans yang dinaiki mereka merempuh kawanan kerbau di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Pusing semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 10.30 malam itu, kesemua mangsa terlibat iaitu pemandu ambulans, pembantu perawat kesihatan, pembantu jururawat dan pesakit wanita terselamat. Bagaimanapun, seekor kerbau mati akibat pelanggaran itu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kemalangan berlaku ketika ambulans dari Unit Kecemasan Hospital Batu Gajah itu telah melanggar sekawan kerbau yang melintas dari kiri ke kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, pembantu perawat kesihatan berusia 37 tahun yang duduk di tempat penumpang hadapan cedera ringan di kaki kiri manakala pembantu jururawat berusia 40 tahun pula patah tiga tulang rusuk dan luka di kaki kiri.

“Seorang pesakit wanita berusia 32 tahun hanya mengalami lebam di tangan kiri manakala pemandu ambulans berusia 47 tahun tidak cedera,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI