fbpx

Boleh saman tunang jika batal perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Individu yang berdepan masalah tunang mereka membatalkan perkahwinan, boleh mengambil tindakan saman dengan membawa kes tersebut di mahkamah.

Menerusi penerangan seorang peguam dikenali sebagai Lawyer Gandhi pada TikTok, beliau berkata, bagaimanapun mereka harus memastikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan saman.

“Ya anda boleh (saman), tapi harus ingat perkara berikut. Pertama, anda perlu pastikan ada perjanjian yang jelas untuk berkahwin, contohnya jika kedua-dua pihak sudah menghantar kad jemputan kahwin.

“Antara ganti rugi boleh dituntut adalah semua perbelanjaan bagi pertunangan dan juga persiapan perkahwinan. Ini termasuk pemulangan mas kahwin dan juga apa-apa hantaran,” katanya menerusi video yang dimuat naik baru-baru ini.

Beliau berkata, perjanjian yang memungkinkan mereka untuk berkahwin itu boleh dituntut melalui Mahkamah Syariah bagi orang Islam, manakala mahkamah sivil untuk mereka yang bukan Islam.

“Ingat, jangan mudah berjanji jika kita tidak dapat menunaikannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI