fbpx

Muhyiddin tidak letak jawatan Bersatu kalah PRN Johor, Melaka – Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puad dan Muhyiddin (kanan).

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak meletak jawatan apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin angkuh apabila menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan.

*Bila PN kalah teruk di Melaka dan Johor dia tidak letak jawatan. Dia kekal Presiden Bersatu sedangkan dia kluster mahkamah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Puad menyeru pimpinan UMNO tidak menunding jari dan mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan susulan kekalahan UMNO pada PRN enam negeri, Sabtu lalu.

Kata beliau, kekalahan itu merupakan tanggungjawab dan beban yang perlu dipikul semua, malah mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan bukan jalan penyelesaian.

Ujar beliau, UMNO perlu mendapatkan balik sokongan orang Melayu dan para menteri daripada UMNO mesti serius menjayakan agenda Melayu dan rakyat.

“Sebab itu UMNO mesti kekal dalam kerajaan perpaduan. Pakatan Harapan dan Barisan Nasional perlu mengukuhkan kerjasama. Ahmad Zahid sesuai pikul misi ini. Dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI