fbpx

Lelaki Korea pilih wanita Aceh sebagai isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mempelai kelihatan segak pada hari perkahwinan mereka. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan acara perkahwinan seorang lelaki warga Korea Selatan dengan seorang wanita berasal dari wilayah Aceh, lapor laman berita SindoNews semalam.

Video memaparkan majlis perkahwinan rentas budaya itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kimgunwooooo.

Majlis itu diadakan di Meulaboh, Aceh Barat pada 8 Ogos lalu. Pengantin perempuan bernama Arma Yulisa, manakala pengantin lelaki bernama Park Sang-hyeok.

Sang-hyeok mengahwini Arma dengan mas kahwin berupa 62 gram emas. Majlis itu dihadiri keluarga kedua-dua mempelai dengan ibu bapa pengantin lelaki turut datang dari Korea Selatan.

Video perkahwinan itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Semoga saya berkahwin dengan orang Korea juga,” komen seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI