fbpx

PRN: Warga emas jadi orang pertama beratur mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamilah individu pertama yang bakal membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, pagi ini. GAMBAR oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang warga emas menjadi orang pertama yang beratur bagi proses membuang undi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti di sini, hari ini.

Jamilah Saaud,60, yang tinggal di Sungai Dua tiba seawal 7.28 pagi dan beratur di pintu masuk sekolah berkenaan sebelum dibenarkan masuk oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memeriksa saluran mengundi.

“Suami dan saya bersiap selepas menunaikan solat Subuh dan disebabkan pusat mengundi kami berbeza, maka saya dihantar ke sini terlebih dahulu.

“Awal pagi mudah kerana cuaca masih belum panas dan orang pun tak ramai lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Di Permatang Pasir, PH kekal mencalonkan penyandang dari Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil dan dicabar wakil Perikatan Nasional (PN), Amir Hamzah Abdul Hashim (Pas). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI