fbpx

3,767 kes kanak-kanak perlu pemeliharaan, perlindungan dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian Direktori Pemerkasaan Organisasi dalam Komuniti (CBO) @KPWKM kepada ahli CBO di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya hari ini. Foto oleh KAMARIAH KHALIDI/KOSMO!

CYBERJAYA – Sejumlah 3,767 kes dilaporkan di seluruh negara membabitkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan pada enam bulan pertama tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 794 kes direkodkan di Selangor dengan 58 kes membabitkan daerah Sepang.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut mengendalikan sebanyak 402 kes keganasan rumah tangga di seluruh negara dengan Selangor mencatatkan 83 kes dan tujuh daripadanya dilaporkan di daerah Sepang.

“Dalam usaha untuk membendung peningkatan kes-kes seumpama ini, kementerian mewujudkan Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) yang menjadi asas kepada pembangunan komuniti dengan didorong oleh anggota komuniti itu sendiri.

“Organisasi tersebut diiktiraf memainkan peranan penting dalam membangunkan komuniti setempat menerusi promosi penglibatan komuniti dan tindakan kolektif ahli komuniti dalam menangani masalah setempat,” katanya pada Program Pemerkasaan CBO @KPWKM Tahun 2023 di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya hari ini.

Jelas beliau, program yang dilaksanakan itu merupakan salah satu usaha kementerian untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli komuniti yang mengganggotai CBO di daerah Sepang sebagai rakan strategik untuk membantu menyantuni kumpulan sasar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI